Monday 3 September 2012


Berhenti Hidup Miskin – 3 Cara Efektif Transformasi Kekayaan


Posted by 
Assalamualaikum dan salam motivasi, salam kejayaan diucapkan buat semua para pembaca sekalian.
Bill Gates - Bilionair Dunia
Dalam artikel kali ini, Hamka akan berkongsi tentang cara bagaimana untuk seseorang menjadi kaya.
Dalam artikel ini, anda akan mendapat input mengenai 3 cara untuk menjadi kaya yang telah terbukti berkesan, tetapi ia bergantung kepada keadaan dan kesesuaian seseorang individu itu.
Bagaimana untuk berjaya, meningkatkan status atau menjadi kaya adalah suatu persoalan yang menarik untuk mereka yang bercita-cita mendapatkannya. Ia juga dibincangkan dalam beberapa disiplin ilmu.
Sedar atau tidak, hakikatnya memang terdapat ilmu bagaimana untuk berjaya, mendapat status dan menjadi kaya.
Dengan itu tentulah ia juga mempunyai peraturan-peraturan mengenai proses bagaimanamendapatkan status dan menjadi kaya.
Sesiapa yang mempelajari atau mengikuti peraturan itu maka secara automatik ia menempah tiket ke arah kejayaan, memperoleh kekayaan dan pangkat sekali gus. Dalam ilmu sosiologi ada disebut 3 cara seseorang itu boleh meningkatkan statusnya atau menjadi kaya.

#1 – Keturunan

Seseorang yang dilahirkan dalam keturunan yang berada secara automatik dia mewarisi kekayaan keluarganya. Umpamanya, anak-anak raja, pembesar istana dan anak-anak jutawan dan anak-anak usahawan yang telah berjaya.
Aristotl Onassis - Pewaris Kekayaan Greece
Mereka lahir ke dunia dengan semuanya sudah tersedia dan mereka ini lebih mudah untuk mencipta kejayaan kerana jalan untuk menggali kekayaan sudah terukir.
Waris kesultanan Brunei, anak-anak keluarga Di Raja negara-negara pengeluar minyak di tanah Arab, sebagai contohnya. Mereka memiliki jalan mudah mendapat kekayaan dan tentulah mudah jugamemperluaskan kekayaan mereka.
Namun begitu, ia memerlukan kaedah dan caranya jika ingin menambahkan kekayaan. Tetapi tegasnya mereka mendapat status dan kekayaan menerusi perwarisan.
Kelebihan lain bagi mereka yang mendapat kekayaan secara perwarisan ialah mereka boleh menjadi jutawan atau kaya dalam usia yang amat muda.
Perkara ini tidak terhad kepada anak-anak raja dan ketua-ketua kerajaan sahaja.
Sebagai contoh yang sesuai, Athina Onassis yang masih berumur 18 tahun, adalah antara remaja terkaya di dunia selepas menjadi pewaris tunggal kekayaan datuknya, jutawan perkapalan Greece, Aristotl Onassis yang berjumlah AS$800 juta (RM3.04 bilion).
Harta tersebut termasuklah  rumah, lukisan, saham, barang kemas, kereta mewah dan sebuah pulau.
Begitu juga Albert von Thurn und Taxis dari Jerman yang mewarisi harta peninggalan ayahnya sebanyak RM5.7 bilion pada tahun 2002 ketika berusia 18 tahun adalah merupakan bilionair termuda di dunia.

#2 – Ikatan Perkahwinan

Ia boleh dicapai oleh sesiapa saja, sama ada orang biasa atau awam. Tetapi tidaklah semua kita ada peluang memperolehnya. Dan sekiranya peluang itu terbuka, ia harus direbut dengan serta-merta. Bukan masanya untuk berfikir panjang. Bagaimanapun ia boleh menjadi cita-cita seseorang.
Melalui perkahwinan dengan seorang raja, bangsawan, pembesar, tokoh-tokoh politik atau korporat dan jutawan, seseorang itu boleh menjadi kaya dalam sekelip mata.
Cara ini juga digunakan sewaktu Zaman Kesultanan Melayu Melaka dimana Raja-raja dan para pembesar mengahwini individu penting, bagi meluaskan jajahan takluknya dan menyebarkan keindahan agama Islam.
Banyak contoh lain yang boleh disebutkan di sekeliling kita bagaimana mereka boleh mendapat status melalui cara ini. Berkahwin dengan seorang berpangkat Dato’ pun sudah cukup untuk kita melihat perubahan gaya hidup seseorang itu yang sekaligus meningkatkan status mereka.
Kumpulan yang paling beruntung mendapat kekayaan dan status dengan cara ini majoritinya ialah kaum wanita. Khususnya, mereka yang cantik dan ada rupa paras.
Bagaimanapun kita tidak menolak bahawa ada juga kaum lelaki yang menjadi kaya atau peluang mudah menjadi kaya melalui cara ini.

#3 – Ikhtiar Sendiri

Cara memperolehi kekayaan yang ketiga ini ialah apa yang disebut sebagai ikhtiar sendiri, disebut oleh ahli sosiologi sebagai achieved status. Cara ini terbuka dan boleh diusahakan oleh setiap orang.
Tokoh Pelaburan Saham - Warren Buffett
Malahan, kedapatan antara mereka ini lebih kaya berbanding mereka yang memperoleh kekayaan melalui perwarisan atau perkahwinan.
Ini adalah kerana hasil titik peluh mereka tidak terhad (unlimited or infinity) dan tidak bergantung kepada pengaruh sesiapapun.
Beberapa orang yang dikenali di dunia sebagai terkaya kerana usahaniaga mereka termasuklah:
  • Bill Gates (Microsoft, US),
  • Ingvar Kamprad (Perabot),
  • Paul Allen (Komputer/AS),
  • Karl Albrecht (Wal-Mart/AS),
  • Larry Ellison (Oracle/AS),
  • Robson Walton (WalMart/US),
  • Warren Buffet (Stock Market, US),
  • Karl & Theo Albrect (Retail, German),
  • Al-Waleed Talal (Investments, Saudi Arabia) dan lain-lain.
Tidak kurang juga individu terkaya di Malaysia yang terkenal termasuklah Robert Kwok Hock Nien (Raja Gula), T. Ananda Krishnan (Astro dan Komunikasi), Lim Goh Tong (Genting), Teh Hong Piow (Perbankan) dan Quek Leng Chan.
Begitu juga Francis Yeoh (Hartanah), Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary dan yang terbaru Tan Sri Anthony Fernandes (Air Asia – Antara yang terpantas dalam menjana kekayaan).
Mereka yang tersenarai di atas kesemuanya berusaha memilih jalan perniagaan dan melalui jalan-jalan serta cara-cara tertentu dan hasilnya mereka mampu memiliki harta dan wang yang sangat banyak.
Dan ini boleh berlaku sama ada dengan niat bersungguh-sungguh atau tidak sengaja.
Namun, kebiasaannya ia terhasil dari usaha keras, bersungguh-sungguh, penuh minat dan konsisten mereka.
Dalam Islam juga menyarankan umat-umatnya menjalankan perniagaan kerana telah terukir dalam sebuah hadith bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari jalan perniagaan.

Berani Untuk Kaya

Cara ketiga ini paling sesuai bagi individu yang suka bekerja sendiri, tidak suka menjadi ‘orang bawahan’, sukakan perkara yang mencabar dan sanggup berusaha keras tanpa jemu.
Berani Jadi Kaya
Tetapi bagi mereka yang telah berusaha gigih namun masih gagal atau tidak berjaya harus berfikir lebih jauh.
Biasanya, jika caranya tidak menepati dengan liku-liku jalannya, tidak berguru dengan yang ‘ahli’, tidak mengikut ‘Mentor Bisnes’, sudah pastilah akhirnya ia gagal walaupun betapa kuat usaha dan kemampuan mereka.
Namun sebagai orang baru anda harus berani menghadapi semua kegagalan itu. Tanpa keberanian itu anda sudah menempah kegagalan. Sebaliknya dengan semangat berani gagal dan cita-cita tinggi untuk berjaya, anda sudah berada sebelah kaki dan separuh jalan menempa kemenangan.
Tidak dinafikan bahawa setiap perniagaan mempunyai risiko tersendiri. Namun, ketahuilah bahawa orang yang paling berisiko di dunia ini adalah orang yang takut mengambi risiko.
Maka, janganlah anda berhenti di tengah-tengah jalan dari usaha anda mencapai kebebasan kewangan anda. Teruskan berusaha, dan yakin serta bertawakkallah kepada Allah kerana Dialah sahaja yang memakbulkan impian dan cita-cita kita. Wallahu’alam.
Kredit: CNBC, My Come Up, About Top Ten.

No comments:

Post a Comment