Sumber: carlsamsudin.blogspot.com
Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012
• Hampir
99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin
mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’
yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan
dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani,
Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas
sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan
emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan
dan servis semakin murah hari demi hari.
• Sebagai
contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak
150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 =
5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh
membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram =
RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000
memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda
hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
• Pada
tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta
standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan
~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1
kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini
berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1
kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000
memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012,
anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
• Pada
tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah
standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan
~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5
kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini
berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1
rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan
5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya
memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
• Maka,
jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda
hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. Jadi
bijak!
No comments:
Post a Comment