Sunday 27 January 2013

BAGAIMANA SAYA MENYIMPAN SEHINGGA RM 5000 DALAM MASA 7 BULAN


Oleh: Zurahanim Anual

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas. Semoga dengan rasa kesyukuran ini, maka lebih banyak nikmat Allah limpahkan dalam kehidupan kita.

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya setelah menjinakkan diri hampir 7 bulan dalam dunia emas. Pengalaman celik emas ini sesungguhnya sangat berharga dan saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki cara menyimpan wang. Setelah mempunyai wang sendiri hasil titik peluh menempuh alam pekerjaan hampir 10 tahun dahulu (saya memasuki alam pekerjaan sejurus setelah menamatkan ijazah sarjana muda), saya tidak pernah mempunyai ilmu kewangan atau cara menyimpan wang dengan betul.

Seingat saya, saya hanya menyimpan di dalam ASB (itu pun tidak menyimpan secara berkala) dan pernah membuat loan ASB sehingga RM 100 ribu untuk jangkamasa 15 tahun. Kedua-dua ibu bapa saya bukan orang terpelajar, dan mempunyai ilmu kewangan yang cetek (saya tidak menyalahkan mereka kerana hal ini).

Meskipun menyimpan bukan secara berkala di dalam ASB, saya masih mempunyai simpanan sebagai pelindung kewangan seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, disebabkan pengurusan kewangan yang tidak eifisien dan nafsu berbelanja yang kadang-kadang membuak tinggi terutamanya pada musim perayaan membuatkan saya kadang-kadang tewas dalam percaturan sendiri.

Natijahnya, saya mengeluarkan sedikit wang yang ada di dalam simpanan ASB untuk dibelanjakan. Bila difikirkan balik, kadang-kadang barang yang dibeli itu hanya untuk memenuhi kehendak dan bukannya keperluan. Hai lah manusia, cepat sangat tunduk dengan nafsu.

Akibat tidak mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik, wang simpanan saya tidak pernah mencapai matlamat simpanan. Namun begitu, alhamdulillah saya ditemukan dengan blog jutawangold.com pada pertengahan tahun lepas dalam usaha menguruskan kewangan dengan lebih baik dan teratur.Sebaik sahaja celik emas dan memahami konsep menukar tunai kepada emas, saya dengan tidak berlengah terus membuat keputusan menjadi dealer meskipun saya kini berada di Australia untuk meneruskan pengajian PhD.

Memandangkan emas bertindak sebagai pelindung kewangan dan kalis inflasi, saya yakin bahawa simpanan emas mampu membantu saya menguruskan kewangan saya dengan lebih bijak. Ini terbukti dalam masa hanya 7 bulan, saya mampu menyimpan sehingga RM 5000.

Jika dahulu, sebaik sahaja mendapat dividen ASB pada awal tahun, hampir sebahagian wang dibelanjakan membuatkan simpanan saya semakin menyusut, kini dengan memilih untuk menjadi antara penyimpan, pelabur atau peniaga emas, saya dapat memastikan matlamat kewangan saya tercapai. 

Apa yang saya lakukan cukup mudah. Setiap bulan, saya memastikan saya membeli sekurang-kurangnya satu dinar Gold Crest Pavillion (GCP). Sekiranya saya mempunyai bajet yang berlebihan pada sesuatu bulan, saya akan menambah simpanan dengan membeli sekeping dinar berserta 1 gram gold bar GCP.

Saya juga mencatit dengan teliti setiap pembelian berserta tarikh dan harga belian untuk tujuan rujukan. Pada awal pembelian, saya tidak begitu peka dengan naik turun harga emas. Rupa-rupanya harga emas berubah-ubah setiap hari dan kemaskini harga oleh GCP dilakukan sekali pada jam 9.30 pagi dan sekali lagi pada jam 4.30 petang. Saya pernah membeli dinar pada harga yang agak tinggi sehingga mencecah RM 833 sekeping dek kerana tidak mengambil pusing berkenaan perubahan harga emas sedangkan harga sekeping dinar terendah yang saya miliki berharga sekitar RM 789.

Pengalaman memang guru terbaik. Setelah itu, saya lebih berwaspada dan memastikan pembelian emas dilakukan pada ketika harganya sedang jatuh. Oleh sebab itu, kini saya akan memantau harga emas dua kali sehari. Apabila bajet mengizinkan dan harga  emas cantik, saya akan membeli emas.

Sistem GCP yang mudah dan menawarkan sistem perkhidmatan yang pantas juga sangat memikat hati. Sebaik sahaja pesanan diterima oleh pihak GCP dan pembayaran dibuat dalam masa 24 jam, tempahan produk diproses dan produk diterima dalam masa 3-10 hari bekerja. Malahan, saya juga amat kagum apabila diberitahu oleh pelanggan bahawa mereka menerima produk dalam masa 3 hari dari tarikh pembayaran.

Alhamdulillah, setelah celik emas, saya kini mampu mengatur kewangan dengan lebih bijaksana sesuai dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Bagi anda yang belum bermula, jangan berlengah. Simpan sekurang-kurangnya 1 gram sebulan. Mulakan menyimpan emas untuk masa hadapan yang lebih gemilang.