Friday 15 February 2013

Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Emas?


Sumber: www.jutawangold.com


Baiklah,saya akan cuba tunjukkan kali ini,cara-cara menjana keuntungan melalui emas.Cuma saya mohon maaf kerana penulisan ini secara umum dahulu,akan datang saya akan kongsikan kiraan secara terperinci sedikit.Maklum sahaja,saya mempunyai banyak komitmen dan  perlukan masa untuk membuat sesuatu yang perlukan pengiraan yang jelas dan tepat.

Cara –cara anda boleh menjana keuntungan dengan emas
1.      Membeli emas mengikut kemampuan anda.
Sekiranya anda mempunyai simpanan wang,anda boleh menukarkan sebahagiannya kepada emas.Jika anda penyimpan sahaja,saya tidak menggalakkan anda untuk menukarkan kesemuanya atau melebihi 80% simpanan melainkan anda mahir tentang emas dan tahu bagaimana hendak mencairkan emas anda.
Anda membeli emas dan simpan,cara yang paling selamat walaupun lambat untung.Namun untuk jangka masa panjang,InsyaAllah memang menguntungkan.

2.Menyimpan + meniaga emas
1.Anda boleh menjadi penyimpan dan meniaga emas jika inginkan sumber pendapatan lebih.Meniaga emas boleh dilakukan secara sambilan sahaja.Sangat mudah dan anda tak perlu keluarkan cerita-cerita seperti penjual barangan lain kerana umum sedia maklum bahawa emas sangat berharga.Apa yang masyarakat kurang jelas ialah mereka tidak tahu apa peranan dan sebab perlu simpan emas ini.
Tugas anda menyampaikan dan menyebarkan tentang kelebihan emas dan kepentingan menyimpan emas.Oleh itu anda digalakkan menimba banyak ilmu tentang emas supaya lebih mantap.Percayalah ,membeli emas dengan ilmu akan membantu anda membuat tindakan terbaik dan menggalakkan orang lain juga membuat tindakan yang terbaik untuk diri mereka.

3.Membeli emas menggunakan duit gaji dan bonus.
Membeli secara konsisten menggunakan hasil gaji,pendapatan dari perniagaan mahupun bonus yang diperolehi.Bayangkan setiap bulan anda menyimpan 5gram,setahun anda sudah memiliki 60gram!

Bagaimana jika anda simpan lebih dari 5gram dan beli lagi dengan duit lebihan seperti bonus,sudah tentu simpanan emas anda semakin meningkat dari semasa.

Percayalah pada “power of saving” yang terbukti berjaya.Tak perlu manipulasi emas atau membuat pinjaman,dengan menyimpan pun dah untung.

4.Membeli emas terpakai dan surat pajak
Tahukah anda membeli emas terpakai amat menguntungkan?Ini kerana emas terpakai dapat dibeli dengan harga yang murah sebaliknya jika anda bijak,anda boleh menjualnya sebagai emas yang baru (emas boleh dilebur dan dijadikan pelbagai bentuk).Bisnes emas akan menguntungkan jika anda bukan sekadar penyimpan emas,tetapi peniaga emas yang juga membeli emas terpakai.
Ada satu teknik,membeli emas terpakai dengan harga yang murah,kemudian apabila memajaknya kita akan mendapat nilai yang lebih.Anda boleh gunakan modal ini untuk membeli emas lagi atau menambah stok tapi pastikan pajak dengan tujuan untuk meniaga,bukan tambah emas semata-mata.Membeli surat pajak juga menguntungkan.


Membeli emas terpakai sangat menguntungkan
Membeli emas terpakai sangat menguntungkan










5.Menyimpan + meniaga + melabur
Mengapakah saya menekankan kepada simpanan emas?Ini kerana emas bertindak seperti wang,maka ia harus disimpan lama.Namun kelebihan kepada mereka yang menganggap emas sebagai simpanan ialah,ia boleh bertindak sebagai pelaburan.
Namun jika anda menganggap emas sebagai pelaburan,anda harus pegang konsep ini ‘buy low sell high’.Anda membeli dengan apa jua harga,jika dapat harga ‘cantik’ ia bonus,kemudian tunggu harga naik dan anda menjualnya.
Kelemahan pelabur ialah,mereka hanya fikirkan tentang untung hendak menjual semasa harga tinggi sahaja.Cuba fikirkan kembali,ke mana perginya wang hasil keuntungan tersebut?Jika  tidak dilaburkan kepada 4 perkara berikut,boleh dikatakan mereka ini gagal sebenarnya menguruskan kewangan mereka :
1.rumah
2.hartanah
3.emas
4.bisnes /saham atau apa jua yang boleh memberi pulangan berganda
Jika penyimpan emas pula,kelebihannya mereka boleh menukarkan simpanan emas mereka kepada pelaburan bila-bila masa.Siapa tahu jika mereka berubah fikiran untuk membeli rumah,hartanah atau hendak dapatkan modal meniaga dengan  menjual emas ,maka emas yang disimpan tadi bertindak sebagai pelaburan.Biasanya mereka sudah untung kerana mereka telah menyimpan emas lama iaitu jangka masa panjang.
Bagi yang meniaga emas,untung bila :
-#Jual : dapat untung hasil jualan

-#Beli balik pun untung sebab beli harga “kami beli” dan ikut harga emas terpakai untuk used gold
Kesimpulannya,ada banyak lagi cara untung dengan emas ini,di mana anda akan temui caranya jika anda sudah bergelar penyimpan,pelabur dan peniaga emas dengan syarat anda rajin mencari ilmu dan bergaul dengan mereka yang dah berjaya dalam simpanan emas.

No comments:

Post a Comment