Tuesday 31 July 2012

Kenali GCP-GOLD CREST PAVILLION

 

 


PENGENALAN

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009. GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.



VISI

Simpanan emas menjamin masa depan



MISI

Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas 



PRODUK UTAMA

Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama. Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. GCP juga membekalkan jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland. VISI Simpanan emas menjamin masa depan MISI Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas



MATLAMAT

Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi. Membuka peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas.



PENUTUP

Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak. Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.

_______________________________________________________________________________
Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut:


Email: zurahanim.anual@gmail.com

*GCP Authorised Dealer AD 3736* 
________________________________________________________________________ 

Emas dan Perak Sebagai Pelindung Kekayaan

Dimanipulasi daripada www.jutawangold.com

Emas memang telah lama digunakan oleh manusia sejak zaman berzaman. Meskipun sesebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi, emas tidak terjejas mahupun tergugat nilainya. Malahan, ekonomi sesebuah negara itu dapat dipulihkan lebih pantas sekiranya mempunyai rizab emas yang banyak.




Kenapa anda perlu beli dan simpan EMAS?
  
  • Wang kertas mengalami susut nilai 

  •  Wang kertas mengalami inflasi (barang yang kita boleh beli dengan harga RM1 beberapa tahun lepas kini meningkat berkali ganda) 

  • Harga emas yang semakin meningkat (harga emas memang akan sentiasa naik..) 

  •  Emas aset yang mudah cair - sekiranya anda mengalami kecemasan dan perlu mendapatkan wang segera, anda boleh menjualnya atau memajak mengikut keperluan. tak perlu pinjam dari Ah Long atau saudara-mara

  • Wang kertas jika terbakar atau koyak sudah tidak bernilai, tetapi emas masih mempunyai harga

  • Emas tidak boleh dicipta atau dimanipulasi - emas anugerah berharga dari Allah 
  • Emas sebagai pelindung kekayaan - dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan sentiasa berubah-ubah, menyimpan emas mampu menjamin kekayaan si penyimpan



    Kenapa anda perlu beli dan simpan PERAK?


    • Perak mendapat demand yang tinggi untuk kegunaan industri
     
    • Kenaikan harga perak lebih pantas berbanding logam lain

    • Pulangan pelaburan yang tinggi
     
    • Risiko pelaburan yang minimum kerana perak adalah aset yang berharga dan tidak akan susut nilai 
     
    • Perak kalis inflasi seperti emas 
     
Produk emas dan perak terdiri daripada beberapa jenis seperti:

1. Barang kemas (rantai leher, gelang tangan, gelang kaki, cincin) 

2. Gold and silver bar (jongkong emas dan perak berbagai pilihan mengikut berat: 1 g, 5g, 
    20 g, 50 g, 100 g, 1 kg)

3. Dinar emas 

4. Dirham perak


Pembelian produk emas boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian. Sekiranya anda mempunyai peruntukan kewangan yang lebih pada satu-satu masa, jangan hadkan pembelian hanya pada satu produk. Mungkin anda boleh beli satu dinar emas berserta jongkong emas 1g atau 5 g..atau satu rantai leher dan satu silver bar. Tak perlu terlalu rigid.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Bertindak SEKARANG! Masa itu EMAS. Tukar tunai anda kepada emas. Emas menjamin dan melindungi kekayaan.

 Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 'Ajan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak)-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

___________________________________________________________________________________

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut:


Email: zurahanim.anual@gmail.com

*GCP Authorised Dealer AD 3736* 
__________________________________________________________________




Sunday 29 July 2012

Pelaburan Emas vs Perak




Jika anda ada ingin membuat pelaburan atau simpanan dalam emas dan perak, yang mana anda akan pilih? Emas atau perak? Yang mana mempunyai potensi kenaikan harga yang lebih tinggi? Apakah faktor-faktor yang perlu dilihat dalam membuat keputusan ini? Yang mana lebih penting? Emas atau perak?



Kebanyakan orang yang baru-baru saya kenal ada menyebut mereka lebih meminati perak, kerana menurut mereka harganya mempunyai potensi kenaikan yang lebih besar berbanding emas. Pihak-pihak yang menyokong perak ini percaya yang perak boleh naik sekurang-kurangnya 11 kali ganda lagi, berbanding emas dengan hanya 5 kali ganda. Contoh dengan mengambil harga $10/ounce perak dan $600/ounce emas, perak boleh mencecah harga $110/ounce (11 kali ganda) dan emas pula $3000/ounce (5 kali ganda) dengan mudah.



Tidak dapat dinafikan, apa yang disebutkan ada kebenarannya. Dan perak memang akan beraksi lebih baik berbanding emas dalam satu tempoh yang panjang. Dan apabila dollar akhirnya jatuh dan menjadi tidak bernilai lagi, harga emas dan perak akan mendatar dan hanya akan ditentukan oleh permintaan dan pengeluaran tempatan dan antara bangsa semata-mata. 



Selain dari potensi kenaikan perak dan potensi pelaburan perak yang lebih baik dari emas, ramai orang ada menyebut yang sebab kedua kenapa perlu memilih perak adalah kerana perak mempunyai permintaan yang jauh lebih tinggi di dalam industri berbanding emas. Perkara ini memang tidak dinafikan dan memang ada asasnya di situ.



Namun, kedua-dua sebab ini tidak lagi berasas bila dollar jatuh tersungkur dan tiada nilai nanti. Kenapa? Pertamanya bila dollar jatuh dan sudah tiada nilai, dan perak mencapai harga sasarannya iaitu $110/ounce, dan katakan anda mempunyai sebukit perak, pada siapa anda ingin menjualnya? Matawang apa pula yang anda akan gunakan dalam urus niaga ini?



Berpatah balik kepada sejarah, apabila dollar menjadi tidak bernilai seperti yang pernah berlaku kepada duit Jerman selepas perang dunia ke 2, negara kita akan menjadi kucar kacir samada dalam ekonomi, kewangan atau secara fizikalnya. Orang hanya akan menggunakan dollar sebagai bahan bakar untuk memanaskan badan ketika itu. Dengan kata lain, sudah tiada sistem kewangan untuk anda membuat untung dari perak anda.



Kemudian berkenaan kegunaan perak dalam industri, bila tiada mata wang, maka akan tiadalah permintaan dari industri akibat tiada mata wang, dan akibatnya tiadalah perdagangan dan jual beli. Maka pelaburan perak di situ adalah sia-sia sahaja.



Saranan saya, mungkin anda boleh menyimpan perak dalam bentuk syiling (dan bukan bar yang besar-besar) supaya ia boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk suatu hari nanti. Namun kelemahan perak adalah pada berat dan isi padu-nya. Ini akan mengakibatkan kesukaran dalam menyimpan dan membawanya kelak. Untuk menyimpan kekayaan dengan perak, anda perlu menyimpan sejumlah perak yang sangat banyak. Akibatnya anda akan menghadapi kesukaran dalam menyimpan perak-perak tersebut akibat isi padu dan saiz nya yang besar dan berat. Dalam situasi krisi di mana keadaan menjadi kucar kacir, adalah sangat susah dan hampir mustahil jika anda ingin lari dengan semua perak yang anda miliki. Jika anda simpannya pada bank atau bilik kebal swasta, adakah anda fikir yang bank dan syarikat swasta akan buka pada waktu-waktu krisis dan kucar kacir? Apa yang berlaku adalah 1 ounce perak pun anda mungkin tidak dapat perolehi. 



Melihat dari sudut emas pula, jika anda ada rezeki lebih, anda patut tukarkan sebahagian darinya kepada emas. Ini kerana emas adalah penyimpan nilai yang padat. Ia bermaksud, walaupun kecil, nilainya adalah besar. Ia juga lebih mudah di simpan dan dibawa kemana-mana dgn mudah berbanding perak dengan nilai yang sama. Sejarah telah mengajar kita bagaimana orang-orang dulu bila berlaku sesuatu krisis, akan melarikan diri dengan membawa emas di dalam poket atau beg mereka. Jangan tertipu dengan menyimpan perak banyak-banyak, anda boleh menjadi sangat kaya akan datang. Kerana walaupun ia bernilai, anda mungkin terpaksa tinggalkan ia begitu sahaja tanpa dapat menggunakannya.

Kesimpulannya, anda sendiri yang patut tentukan matlamat anda dalam menyimpan emas atau perak. Dua-dua ada kelebihan sendiri. Anda buat, anda dapat!
__________________________________________________________________________________

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut:


Email: zurahanim.anual@gmail.com

*GCP Authorised Dealer AD 3736*
___________________________________________________________________________________