Oleh: Zurahanim Anual
Alhamdulillah, syukur ke hadrat
Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas. Semoga dengan rasa
kesyukuran ini, maka lebih banyak nikmat Allah limpahkan dalam kehidupan kita.
Saya merasa terpanggil untuk
berkongsi pengalaman saya setelah menjinakkan diri hampir 7 bulan dalam dunia
emas. Pengalaman celik emas ini sesungguhnya sangat berharga dan saya bersyukur
kerana diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki cara menyimpan wang. Setelah mempunyai wang sendiri
hasil titik peluh menempuh alam pekerjaan hampir 10 tahun dahulu (saya memasuki
alam pekerjaan sejurus setelah menamatkan ijazah sarjana muda), saya tidak
pernah mempunyai ilmu kewangan atau cara menyimpan wang dengan betul.
Seingat saya, saya hanya
menyimpan di dalam ASB (itu pun tidak menyimpan secara berkala) dan pernah membuat
loan ASB sehingga RM 100 ribu untuk jangkamasa 15 tahun. Kedua-dua ibu bapa
saya bukan orang terpelajar, dan mempunyai ilmu kewangan yang cetek (saya tidak
menyalahkan mereka kerana hal ini).
Meskipun menyimpan bukan secara
berkala di dalam ASB, saya masih mempunyai simpanan sebagai pelindung kewangan
seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, disebabkan
pengurusan kewangan yang tidak eifisien dan nafsu berbelanja yang kadang-kadang
membuak tinggi terutamanya pada musim perayaan membuatkan saya kadang-kadang
tewas dalam percaturan sendiri.
Natijahnya, saya mengeluarkan
sedikit wang yang ada di dalam simpanan ASB untuk dibelanjakan. Bila difikirkan
balik, kadang-kadang barang yang dibeli itu hanya untuk memenuhi kehendak dan
bukannya keperluan. Hai lah manusia, cepat sangat tunduk dengan nafsu.
Akibat tidak mempunyai sistem pengurusan
kewangan yang baik, wang simpanan saya tidak pernah mencapai matlamat simpanan.
Namun begitu, alhamdulillah saya ditemukan dengan blog jutawangold.com pada
pertengahan tahun lepas dalam usaha menguruskan kewangan dengan lebih baik dan
teratur.Sebaik sahaja celik emas dan
memahami konsep menukar tunai kepada emas, saya dengan tidak berlengah terus
membuat keputusan menjadi dealer meskipun saya kini berada di Australia untuk
meneruskan pengajian PhD.
Memandangkan emas bertindak
sebagai pelindung kewangan dan kalis inflasi, saya yakin bahawa simpanan emas
mampu membantu saya menguruskan kewangan saya dengan lebih bijak. Ini terbukti
dalam masa hanya 7 bulan, saya mampu menyimpan sehingga RM 5000.
Jika dahulu, sebaik sahaja
mendapat dividen ASB pada awal tahun, hampir sebahagian wang dibelanjakan
membuatkan simpanan saya semakin menyusut, kini dengan memilih untuk menjadi antara
penyimpan, pelabur atau peniaga emas, saya dapat memastikan matlamat kewangan
saya tercapai.
Apa yang saya lakukan cukup
mudah. Setiap bulan, saya memastikan saya membeli sekurang-kurangnya satu dinar
Gold Crest Pavillion (GCP). Sekiranya saya mempunyai bajet yang berlebihan pada
sesuatu bulan, saya akan menambah simpanan dengan membeli sekeping dinar
berserta 1 gram gold bar GCP.

Pengalaman memang guru terbaik.
Setelah itu, saya lebih berwaspada dan memastikan pembelian emas dilakukan pada
ketika harganya sedang jatuh. Oleh sebab itu, kini saya akan memantau harga
emas dua kali sehari. Apabila bajet mengizinkan dan harga emas cantik, saya akan membeli emas.
Sistem GCP yang mudah dan menawarkan
sistem perkhidmatan yang pantas juga sangat memikat hati. Sebaik sahaja pesanan
diterima oleh pihak GCP dan pembayaran dibuat dalam masa 24 jam, tempahan
produk diproses dan produk diterima dalam masa 3-10 hari bekerja. Malahan, saya
juga amat kagum apabila diberitahu oleh pelanggan bahawa mereka menerima produk
dalam masa 3 hari dari tarikh pembayaran.
Alhamdulillah, setelah celik
emas, saya kini mampu mengatur kewangan dengan lebih bijaksana sesuai dengan
matlamat kewangan yang ingin dicapai. Bagi anda yang belum bermula, jangan
berlengah. Simpan sekurang-kurangnya 1 gram sebulan. Mulakan menyimpan emas untuk masa hadapan yang lebih gemilang.